Aug 14, 2008

Assalamu'alaikum cikgu..

Isk, macam bermimpi pula bila saya lihat situasi sendiri. Dulu belajar, kini saya mengajar. Impian saya untuk mendidik dah tercapai. Alhamdulillah.

Dan, bila fikir semula betullah orang kata jadi guru ni tak mudah. Dengan berkelilingkan anak-anak zaman global yang pintar memberi alasan [huhu] membuatkan saya makin peka, dan serasi :)

--------


Dalam konteks akarnya, memang berpatutanlah diri ini dihantar menjadi pendidik. Dengan ilmu psikologi, saya mengharapakan agar ianya menjadi wasilah mentarbiah.

Tak payah nak tunggu faham orang dewasa, sebab budak-budak sekarang ni orang kata dan "advance". Justeru, menjadi guru makin mencabar, kena lebih "advance" dari mereka yang masih kecik ni. Dan, betul juga kata Ustaz A:

"Tiap guru perlu ada metod mendekati dan cara tarbiah sendiri" ;)

-------

Masalah murid-murid nakal adalah antara cabaran yang buat paras gula dalam badan saya bergelodak..haha :) Erm, migrain..anak tekak saya perit dek asik menjerit.

Ish, bukan saja-saja mahu jerit..tapi itulah yang perlu ada sebagai alat sokongan buat diri yang masih hijau ni.

Yelah orang kata "budak-budak jangan bagi muka, nanti depa pijak kepala kita"...bila garang sangat orang kata lagi "jangan bagi tekanan pada budak-budak"..aduhai..

Jadi?? Ahah, inilah, saya masih cuba: berhikmah, berhemah...dan mengenal mereka dengan sebaiknya. Saya cuba..

-------

Satu hari, saya gagal bersabar. Sampai satu tahap, kelas yang punya manusia nakal tu disyarahkan secukupnya oleh cikgu baru ni. Saya cakap itu ini..saya begitu tertekan dengan kenakalan mereka!!

[Robbi...sesak nafas saya]

Pulang dari sekolah tengahari itu, saya menung dek teringat kejadian tersebut. Rasa bersalah mula membalut diri. Bersama nafas keluh, saya diilham..

"Mereka nakal sebab mereka tak tahu, jadi engkau kena didik mereka. Perlu bersabar!!"

Langsung, saya teringat keperitan dakwah Rasulullah di Thoif. Waktu Rasulullah dilemparkan batu oleh mereka yang kikir hati mahu terima Islam. Lalu, malaikat turun mahu membantu.

"Katakan apa saja ya Rasulullah, kami akan membalas perbuatan mereka"

Tapi, Baginda Rasulullah kata 'Jangan...mereka tak tahu..mereka jahil"

Allah, jika Baginda yang hebat boleh berpendirian begitu, boleh memaafkan dan memahami, apatah lagi kita?


Refleksi

Saya sering kata pada murid yang do'a itu senjata. Justeru, itu juga perlu jadi kekuatan saya, kan?? Bila saya kata murid perlu berilmu dan beradab, saya kena dahului sifat itu!!

Tuntas, menjadi seorang guru buat saya makin kenal diri, dan tercabar untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Terima Kasih Allah atas peluang ini..

No comments: